Monday 18 February 2013

Cara mendapat semangat luar biasa

Saya ada baca buku ini yang agak menarik "The Outsider's Edge" oleh Brent D Taylor. Buku tersebut menerapkan konsep mengenai mereka yang tesisih dan mereka yang gagal... lagi mudah mencapai kejayaan!

Dalam buku tersbeut di beri contoh Oprah Winfrey, bagaimana daripada seorang anak yatim piatu, menjadi billionaire. Kalau nak tengok contoh terdekat, bagaimana Tan Sri Mokhtar Bukhary daripada hidup susah di rumah papan tanpa katil, menjadi seorang billionaire.
Jawapannya- the Outsider's Edge.
Maksudnya, mereka yang terasa diri terasing, akan mempunyai semangat yang luar biasa untuk berjuang mencapai kejayaan. Dari segi motivasi, mereka yang gagal, terbuang, tersisih daripada keramaian akan mempunyai satu motivasi yang hebat untuk keluar dari kepompong kesusahan dan kemiskinan.
Dari perkataan "Outsider" menunjukkan mereka yang "diluar"...
Jadi di situ lah kita dapat lihat juga, mengapa ada orang Indonesia datang ke Malaysia jalankan perniagaan menjadi Jutawan. Bagaimana mereka yang hidup susah, tetapi diberi peluang, mencapai kejayaan yang cemerlang. Mereka yang gagal dalam perniagaan berkali-kali boleh berjaya juga akhirnya.
Bagi diri saya juga, apa yang memotivasikan saya untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan Internet adalah kegagalan saya 10 tahun lalu di mana saya hanya mendapat 3 pelanggan selama setahun. Bila terasa diri tersisih, atau gagal, maka, di situ timbul semangat luar biasa untuk berjaya.
Kalau kita belum mencapai kejayaan cemerlang, mungkin juga kerana kita belum pernah gagal-segagal-gagalnya yang memaksa kita ke dalam keadaan Outsider's Edge untuk timbulkan semangat luar biasa!

Jumpa lagi nanti ye..

Friday 15 February 2013

Tips Ganda Pendapatan

 50 Idea "Bagaimana Untuk Meningkatkan DUA KALI GANDA Pendapatan Anda Dan Menarik Lebih Ramai Pelanggan Kepada Anda Dalam Masa Yang Singkat!"

Perniagaan anda boleh hidup atau "mati" bergantung kepada berapa banyak jualannya bukan?
Anda mungkin mempunyai produk atau Perkhidmatan Terbaik paling "power" di dunia atau anda mungkin boleh buat kek yang Paling Hebat di seluruh galaksi, tetapi jika tidak ada orang yang membeli daripada anda atau tidak berapa ramai orang yang datang kepada anda untuk membeli daripada anda, ia mungkin akan menyebabkan perniagaan dan pendapatan anda hanya "nyawa-nyawa" ikan.

Untuk Meningkatkan Jualan, anda perlukan Strategi Pemasaran yang bagus. Anda perlu Belajar Bagaimana untuk Menarik Perhatian orang ramai atau Pelanggan kepada anda atau Perniagaan anda serta membuat mereka gembira untuk membeli daripada anda.


Assalamualaikum dan Salam sejahtera..


Memang Luar Biasa Hebat ! Luar Biasa Kaya ! Luar Biasa Berjaya ! Luar Biasa Bahagia ! Luar Biasa Bersyukur !
Saya amat bersyukur kerana ditemukan lelaki muda yang bergelar Multi-Jutawan ini, yang memberi Inspirasi kepada saya dan ramai orang dan dialah Mentor Kekayaan nombor satu Malaysia! Dr. Azizan Osman.
 Idea Strategi Pemasaran beliau Terbukti Berkesan membantu ramai usahawan mengubah senario Perniagaan mereka dan pada masa yang sama Mengubah Kehidupan mereka dari "biasa-biasa" ke "Luar Biasa"  WoWW!

Bila saya katakan yang sekiranya anda kuasai Pemasaran, anda akan Menarik "ramai gila" Pelanggan kepada anda, ia adalah benar!

Bila saya katakan yang sekiranya anda Kuasai Pemasaran, anda akan Menarik "ramai gila" Pelanggan "berkejaran" untuk menggunakan produk atau perkhidmatan anda juga, ia adalah benar!

Persoalannya, adakah anda cukup stok atau kakitangan untuk uruskan pelanggan yang ramai mencari anda nanti?
Ini adalah Senarai 50 Idea Pemasaran Luar Biasa, anda tidak akan tahu keberkesannya sehingga anda mencuba:-

Sila masukkan nama dan email anda SEGERA untuk Tips Luar Biasa Pemasaran terus ke email anda.. Terima-kasih.